Tuesday, 7 June 2011

Cara membuat gam dengan tepung kanji dan tepung ubi

Ramai kawan2x tanya bagaiman hendak membuat gam kanji,  kerana nk jimat ckit la tuu.....
Mari lihat tips dibawah:


>gunakan tepung kanji atau tepung ubi , tetapi jika tidak mempunyai tepung tersebut anda boleh gunakan tepung beras atau tepung gandum.


>Sediakan mangkuk untuk meletak tepung tersebut.


>Selepas itu , curahkan sedikit air suam dan kacaukan sehingga tepung itu sebati  tetapi semasa kita mengacau tepung tersebut , kita mesti  panaskan kuali atau periuk untuk persediaan awal bagi pengguna.


>Setelah sebati , tuanglan tepung tersebut di dalam kuali yang panas dan mengacaunya sehingga kelihatan seperti lendir dan pastikan ia siap dengan baik.


Selamat Mencuba....!!!